Sabtu lepas 4 kuda besi jenama Elegan telah terkonvoi ke Cameron, mula dari tepen kul 9.00am dan bertemu ngan 2 elly utara di RnR Bukit Gantang, pastu trus ke Karisma Spg Pulai berhenti minum sambil bertemu ngan sebuah lagi elly, pas isi perut terus panjat keatas sambil layan konar, memasing berlawan sapa sangkut tongkat ke jalan. Aku ngan elly aku rasa konar dah maksimun dah tapi tak juga cecah jalan last last baru teringat aku pakai absober tinggi memang payah nah cecah jalan, kalau cecah pun mau ngan pipi2 cecah sekali...hehehe....apapun seronok Ter...Cameron bersama sama ngan rakan2 forum Kelab Elegan ni. Alhamdulilah semua selamat pergi dan balik.
Monday, May 11, 2009
Saturday, May 9, 2009
Mee Udang Lagi...Kali ni Utara Punya
Ada kerja sambil ambil exhaust modenas elegan aku yang buat modi sikit...since petang jumaat XYL dan harmonic tak ada kelas tambahan aku ajak semua temankan aku ke Penang. Upahnya kena belanja makan dan deme demands nak rasa lak Mee Udang Sg Dua, so janji dah dipersetujui...maka kena lah tepati...
Udang Fresh 1 kilo RM80.00 - Udang Galah 1 kilo RM70.00Amik 1/2 kilo buat masak Mee Udang
tu lah hasilnya
Makanan sampingan sambil tunggu Mee + Udang Sampaisambil layan Ayaq Nyiok.
Yummm...yummm...ada yang radang ni,Pass ni kena la kayuh lebih lagi,
buang balik kalori yang masuk.
Untuk infomasi kalau sapa sapa yang nak merasa kat bawah ni dibagi detail long & llatitud nya...pandai pandai la cari...kena usaha sikit baru ada umphhh...
N 05 25.833' E 100 25.876'
Selamat mencari...
Peaazzzz....
Friday, May 8, 2009
Lazy Day / Hari Malas
Percaya atau tidak kita kekadang mengalaminya, aku hari ni merasa akan sindrom tersebut. Awal pagi lagi dah moody, nak start kerja pun malas. Bukan tak der tempahan atau temujanji tah la dia jadi semacam...so ambil talipon cancle semua temujanji, delay customer shipment then buat apa yang terfikir yang menyeronokan.
Kuar rumah pusing keliling then terpandang Kuda Besi yang lama dah aku tinggalkan, apakata hari ni aku belek dan tungang dia buat kerja lain...so terus buat persediaan ambil helmet dan bil bil then start hari malas ngan pusing2 Taiping. Singah mana nak singah, pusing mana nak pusing, lupa sat pasal kerja. pusing punya pusing tersingah kedai motor. Motar takder masalah pun buat macam ada masalah..
Tukar plate ngan yang baru, tukar spedo meter, tukar cable lama ngan baru, tukar megneto dan service minyak gearbox. Habis la RM78 tapi hati senang.
Kuar rumah pusing keliling then terpandang Kuda Besi yang lama dah aku tinggalkan, apakata hari ni aku belek dan tungang dia buat kerja lain...so terus buat persediaan ambil helmet dan bil bil then start hari malas ngan pusing2 Taiping. Singah mana nak singah, pusing mana nak pusing, lupa sat pasal kerja. pusing punya pusing tersingah kedai motor. Motar takder masalah pun buat macam ada masalah..
Tukar plate ngan yang baru, tukar spedo meter, tukar cable lama ngan baru, tukar megneto dan service minyak gearbox. Habis la RM78 tapi hati senang.
Peninggalan arwah banyak nostalgia niUmor Moto tu pun dah dekat sama umor aku
Tapi masih leh berbakti.
Tu yang bagi upah sikit tu.
Meter baru, tapi dah bukan Ori,Payah mau dapat dah.
Mungkin minggu ni nak turun Lokin ushar2 kut2 leh dapat spart apa yg Original.
Magneto baru dan kekadang ada yang panggil Jantong tuk motor tu.Siap motor tu test ride lagi pusing taman tasek taiping 3,4 kali seronok gak...pastu terus pi kedai jual barang sekenhand...ingat hati nak tengok barang motor tu...tapi hampa takder satu pun. Tapi layan barang2 lama ni lagi mengkhayalkan tak sedar masa berlalu...masa dok tengok2 tu datang 3 customer dari Cameron, risik punya risik rupanya tauke Time Tunnel (muzium barang lama yang baru jer dibuka kat atas nun) teringat lak Sabtu ni nak panjat sana terus niat nak singgah melawat. Pasti akan ku ajak group konvoi elegan singgah disana. Insyallah.
Group ni ada beli 2 naskah surat khabar lama Utusan Malaysia tahun 1973. dengan harga RM180 senaskah...bayangkan dulu cuma RM0.20 senaskah, tapi bukan semuanya akan naik harganya macam tu...cuma pada peristiwa2 tertentu saja. Satu kisah Juara Tinju Mohamad Ali dan satu lagi kisah P.Ramlee..aku bertuah dapat pegang dan baca balik kisah P.Ramlee bab ada senaskah lagi tak di beli sebab naskah ni ada 2. So sabtu ni kalau beliau sempat pamer akan ku gambarkan disini.
Buat pelawat blog ni dibawah ni aku paparkan gambar yang diambil petang tadi atas izin tauke kedai tu...
Group ni ada beli 2 naskah surat khabar lama Utusan Malaysia tahun 1973. dengan harga RM180 senaskah...bayangkan dulu cuma RM0.20 senaskah, tapi bukan semuanya akan naik harganya macam tu...cuma pada peristiwa2 tertentu saja. Satu kisah Juara Tinju Mohamad Ali dan satu lagi kisah P.Ramlee..aku bertuah dapat pegang dan baca balik kisah P.Ramlee bab ada senaskah lagi tak di beli sebab naskah ni ada 2. So sabtu ni kalau beliau sempat pamer akan ku gambarkan disini.
Buat pelawat blog ni dibawah ni aku paparkan gambar yang diambil petang tadi atas izin tauke kedai tu...
RM180 sekiranya ingin memiliki paper ni untuk koleksi peribadi
Rasanya bebaloi gak hari malas aku ni. Sebelum balik kena gak aku RM20, aku sambar Laser Disc cerita Pinocchio...
Tapi takleh selalu kena sindrom ni, mau tak makan family aku...apatak nya...kuar jer kedai sekenhand pi balik kedai motor bab rasa klac motor tak berapa best, kena lagi RM39...parak macam ni..tapi takper la hati senang dan gumbira...Balik kena rajin...tu yang belum tidur lagi ni, sambil layan blog, mesin berjalan....Peaazz...cario.
Wednesday, May 6, 2009
Kayuhan Kari Semilang.
Date : 5/5/09
Distance : 30km
Cycle Time : 1 hour 30 minit.
Route : Kg Boy - Simpang - Kg Hujung Matang - Kg Perak - Kg Jaha - Simpang - Kg Boy.
Distance : 30km
Cycle Time : 1 hour 30 minit.
Route : Kg Boy - Simpang - Kg Hujung Matang - Kg Perak - Kg Jaha - Simpang - Kg Boy.
Baru dalam kayuh dan baru dalam Ham Radio...SWAL AZJ ( Zurien ) kempunan Kari Semilang. Semilang tak dak stok.
Seperti biasa tukang racun pun kempunan nak makan kari semilang, tujuan utama kayuh ari ni sambil pekena Kari Semilang, tapi apo nak dikato semilang malas naik kedarat.pekena ayaq terus sambong balik kayuhan.

Gambaq perangat pada rakan lain yang tak ikut kayuh, route cantik sejuk dan layan.Minggu depan ulang balik. Mau makan gak Kari Semilang.
Pos artikel ni sambil layan MU vs Gunner..Baru jer Gunner tembak penalty. tapi Mu dah ada 3 Gol. Layan sampai abis...penyokong Gunner dah kuar stadium awal lagi..
Peazzzz
Peazzzz
Tuesday, May 5, 2009
Mee Udang Kuala Sepetang
Sejak balik Tepen ni, aku selalu dating berdua, rasa cam baru kawin jer. Apa tak nyer jalan asyik berdua jer, anak anak dan membesar dan dah mula malas nak ikut, deme labih suka duduk dirumah jer. So pagi ahad lepas sambil pi Pasar terus la lajak pi Kuala Sepetang...XYL aku nak pi pekena mee udang banjir, tapi aku pulak bagi sugestion, apakata kalau kita pi cuba try test tempat lain lak...dia pon on...mula lah pencarian tempah baru...lalu teringat aku pada sorang rakan tu kata try masuk terus keujung kat situ ada satu gerai rasanya pun leh tahan jugak....so aku pi la lajak...pusing2 dan sampai satu lokasi mungkin ini yang diperkatakan oleh rakan tu kot...terus parking dan sebelum turun ambil phone trus snap...banner kedai tu..
Buka biji mata besar besar baca sendiri apa nama kedai tu...duduk masuk terus order milo dua cawan dan mee udang RM7.00 sepinggan, satu jer tanya pelayan tu, so aku pun jawab kongsi baru romantik...dia berlalu sambil tersenyum...sambil tunggu barang yang diorder sampai terdengar la brader sebelah tanya apatah pada tuan punya kedai tu...tapi yang pasti mungkin soalannya berkisar tentang perbezaan mee dia ngan mee udang makteh kut pasal dia jawab lebih kurang macam ni la " KALAU NAK MAKAN BANYAK QUANTITI KAT SANA, TAPI KALAU NAK RASA SEDAP QUALITY MAI KAT SINI, KAMI GUNA UDANG FRESH" so kita yang nak makan ni kena la fikir sendiri.
Ni dia bila dah sampai...ayat pertama kuar dari mulut XYL aku ialah " Udang 4 ekor jer "...makan jer lah...nama pun nak test tempat lain...so dip in dan suap kemulut.......APA KATA SURVEY....
Rasanya kalau dilihat dan ditenung ngan mata kasar atau mata 4 sekalipun leh tahu jawapannya...hehe...Udang sikit rega mahal serupa tu gak...tapi ada good respone gak dari segi keenakan rasa udang tu 8/10...dari segi keenakan rasa mee aku bagi 3/10.So rakan rakan fikirlah sendiri. Nanti ada masa nak cuba tempat lain lak...
Peaazzzzzzz....
Salam Kontak Kenal 9W2QZO
Subscribe to:
Comments (Atom)













