Monday, May 11, 2009

Time Tunnel - Cameron

Macam dijanjikan pada post yang lepas, so masa trip cameron yang baru ni aku singah la tempat tu, hajat hati nak ambil gambar keratan surat kabar berita tentang Muhamad Ali tahun 1975, tapi jumpa ngan owner galeri tu, dia kata lum dipamerkan lagi. So pi la ushar apa barang lain yang di pamerkan. Kalau ikut dari pemerhatian aku barang2 yang dikumpulkan oleh Mr.See
( nama owner tempat tu ) mau makan masa 7 ke 8 tahun, tapi jauh dari apa yang aku sangka, Mr See ni baru jer memulakan koleksi nya ada dalam 2 tahun jer. Memang all out lah Mr See ni respect aku...tengok la serba sikit gambar yg aku ambil...selebihnya ada dalam kamera adik aku nanti aku copy dan upload kat cni..

Tiup la sampai esok pun takkan nyala lampu tu
..Wak oooiiii


Ni la alat sukatan zaman dulu


Merdeka...Merdeka...Merdeka
Mini Dataran sini pun ada
Siap ada beskal Posmen tu..antik tu


Bertapa lajunya basikal Raleigh tu..tak terkejar singa tu.


Nak tengok banyak lagi...kalau ada masa singah di sana...admision fee cuma RM5.00 satu kepala tapi cukup berbaloi, banyak yang boleh dilihat didalam sana. Lain kali mau aku dapat masuk free ni...tolong promosi ni...apamacam Mr See.

peazzz...

Special Preview For Raja Kayuh Malaysia






Happy viewing...just close your eye and test the bike performance...then make a decision.

73 de 9W2V20

Peazzzzzz.........

Ter...Cameron

Sabtu lepas 4 kuda besi jenama Elegan telah terkonvoi ke Cameron, mula dari tepen kul 9.00am dan bertemu ngan 2 elly utara di RnR Bukit Gantang, pastu trus ke Karisma Spg Pulai berhenti minum sambil bertemu ngan sebuah lagi elly, pas isi perut terus panjat keatas sambil layan konar, memasing berlawan sapa sangkut tongkat ke jalan. Aku ngan elly aku rasa konar dah maksimun dah tapi tak juga cecah jalan last last baru teringat aku pakai absober tinggi memang payah nah cecah jalan, kalau cecah pun mau ngan pipi2 cecah sekali...hehehe....apapun seronok Ter...Cameron bersama sama ngan rakan2 forum Kelab Elegan ni. Alhamdulilah semua selamat pergi dan balik.

Elly di hentian pertama dekat ngan hotel Equtorial

Posting buat kenangan

Kat Ladang Lebah ( Bee Farm ) kat Habu

Teman yang bersama Ter Cameron gembira dan ceria

Gambar jer yang boleh di sertakan buat rakan rakan pengunjung blog ni...
kalau nak kena pi beli sendiri, jangan marah.

Jumpa lagi...Peazzz..

Saturday, May 9, 2009

Mee Udang Lagi...Kali ni Utara Punya

Ada kerja sambil ambil exhaust modenas elegan aku yang buat modi sikit...since petang jumaat XYL dan harmonic tak ada kelas tambahan aku ajak semua temankan aku ke Penang. Upahnya kena belanja makan dan deme demands nak rasa lak Mee Udang Sg Dua, so janji dah dipersetujui...maka kena lah tepati...

Udang Fresh 1 kilo RM80.00 - Udang Galah 1 kilo RM70.00
Amik 1/2 kilo buat masak Mee Udang
tu lah hasilnya

Makanan sampingan sambil tunggu Mee + Udang Sampai
sambil layan Ayaq Nyiok.

Yummm...yummm...ada yang radang ni,
Pass ni kena la kayuh lebih lagi,
buang balik kalori yang masuk.

Untuk infomasi kalau sapa sapa yang nak merasa kat bawah ni dibagi detail long & llatitud nya...pandai pandai la cari...kena usaha sikit baru ada umphhh...

N 05 25.833' E 100 25.876'

Selamat mencari...

Peaazzzz....

Friday, May 8, 2009

Lazy Day / Hari Malas

Percaya atau tidak kita kekadang mengalaminya, aku hari ni merasa akan sindrom tersebut. Awal pagi lagi dah moody, nak start kerja pun malas. Bukan tak der tempahan atau temujanji tah la dia jadi semacam...so ambil talipon cancle semua temujanji, delay customer shipment then buat apa yang terfikir yang menyeronokan.

Kuar rumah pusing keliling then terpandang Kuda Besi yang lama dah aku tinggalkan, apakata hari ni aku belek dan tungang dia buat kerja lain...so terus buat persediaan ambil helmet dan bil bil then start hari malas ngan pusing2 Taiping. Singah mana nak singah, pusing mana nak pusing, lupa sat pasal kerja. pusing punya pusing tersingah kedai motor. Motar takder masalah pun buat macam ada masalah..

Tukar plate ngan yang baru, tukar spedo meter, tukar cable lama ngan baru, tukar megneto dan service minyak gearbox. Habis la RM78 tapi hati senang.

Peninggalan arwah banyak nostalgia ni
Umor Moto tu pun dah dekat sama umor aku
Tapi masih leh berbakti.
Tu yang bagi upah sikit tu.

Meter baru, tapi dah bukan Ori,
Payah mau dapat dah.
Mungkin minggu ni nak turun Lokin ushar2 kut2 leh dapat spart apa yg Original.

Magneto baru dan kekadang ada yang panggil Jantong tuk motor tu.

Siap motor tu test ride lagi pusing taman tasek taiping 3,4 kali seronok gak...pastu terus pi kedai jual barang sekenhand...ingat hati nak tengok barang motor tu...tapi hampa takder satu pun. Tapi layan barang2 lama ni lagi mengkhayalkan tak sedar masa berlalu...masa dok tengok2 tu datang 3 customer dari Cameron, risik punya risik rupanya tauke Time Tunnel (muzium barang lama yang baru jer dibuka kat atas nun) teringat lak Sabtu ni nak panjat sana terus niat nak singgah melawat. Pasti akan ku ajak group konvoi elegan singgah disana. Insyallah.

Group ni ada beli 2 naskah surat khabar lama Utusan Malaysia tahun 1973. dengan harga RM180 senaskah...bayangkan dulu cuma RM0.20 senaskah, tapi bukan semuanya akan naik harganya macam tu...cuma pada peristiwa2 tertentu saja. Satu kisah Juara Tinju Mohamad Ali dan satu lagi kisah P.Ramlee..aku bertuah dapat pegang dan baca balik kisah P.Ramlee bab ada senaskah lagi tak di beli sebab naskah ni ada 2. So sabtu ni kalau beliau sempat pamer akan ku gambarkan disini.

Buat pelawat blog ni dibawah ni aku paparkan gambar yang diambil petang tadi atas izin tauke kedai tu...

Baca sendiri lah...Sanggupkah anda membayar
RM180 sekiranya ingin memiliki paper ni untuk koleksi peribadi

Tengok Tarikh keluaran Akhbar ni. Khamis 31 Mei 1973

Cuba zoom in part harga tahun 73 dulu RM0.20 senaskah jer.


Rasanya bebaloi gak hari malas aku ni. Sebelum balik kena gak aku RM20, aku sambar Laser Disc cerita Pinocchio...

Tapi takleh selalu kena sindrom ni, mau tak makan family aku...apatak nya...kuar jer kedai sekenhand pi balik kedai motor bab rasa klac motor tak berapa best, kena lagi RM39...parak macam ni..tapi takper la hati senang dan gumbira...Balik kena rajin...tu yang belum tidur lagi ni, sambil layan blog, mesin berjalan....

Peaazz...cario.

Wednesday, May 6, 2009

Kayuhan Kari Semilang.

Date : 5/5/09
Distance : 30km
Cycle Time : 1 hour 30 minit.
Route : Kg Boy - Simpang - Kg Hujung Matang - Kg Perak - Kg Jaha - Simpang - Kg Boy.

3 Kuda Kepang Putih tersandar tepi sungai kat Gerai Kari Semilang Hujong Matang.

9W2OCC kena ayaq sebelum teruskan separuh route lagi.

Baru dalam kayuh dan baru dalam Ham Radio...SWAL AZJ ( Zurien ) kempunan Kari Semilang. Semilang tak dak stok.

Seperti biasa tukang racun pun kempunan nak makan kari semilang, tujuan utama kayuh ari ni sambil pekena Kari Semilang, tapi apo nak dikato semilang malas naik kedarat.
pekena ayaq terus sambong balik kayuhan.


Gambaq perangat pada rakan lain yang tak ikut kayuh, route cantik sejuk dan layan.
Minggu depan ulang balik. Mau makan gak Kari Semilang.

Pos artikel ni sambil layan MU vs Gunner..Baru jer Gunner tembak penalty. tapi Mu dah ada 3 Gol. Layan sampai abis...penyokong Gunner dah kuar stadium awal lagi..

Peazzzz