Thursday, July 30, 2009

Cinta Laura - You Say Aq

Anak wa dok layan citer ni tiap petang (Upik Abu dan Laura)...so bila abis jer citer tu dia pun ikut nyanyi gak...siap hafal lagi...so kalau dah hari2 dengar lama2 tertarik gak...so sambil buat kerja gooogleeee sat lagu ni...siok juga layannnnnnnnnnnn....



Peazz...73

Tips Nak Ngelat, Kalau Mau La

MAKLUMAT LALUAN

Jarak

±43km

CP 1

Kawasan Permulaan (Tasik). Sila pastikan anda mendapat sticker sebelum berlepas.

CP 2

KM 18.5 sebelum trek balak*

CP 3

KM 32 – terdapat trek sepanjang 100m yang curam dan yang perlu menolak basikal

CP 4

KM 35

Penamat

  • Peserta akan memasuki kawasan tasik menggunakan pintu belakang.
  • Peserta perlu pusing tasik (anti-clockwise) untuk ke garisan penamat.
  • Garisan penamat berada di antara canopy putih dan tasik
  • Nombor anda akan dimasukkan di dalam kotak cabutan bertuah di garisan penamat

Terdapat 5 refill stations – Air minuman, 100 Plus dan pisang

TREK BALAK *

Jarak/Panjang 10km

Tanda/Marking

Setiap kilometar ditanda bagi memudahkan usaha-usaha bantuan
Downhill Di kawasan balak, terdapat downhill yang agak berbahaya terutamanya pada KM 1.5

CABUTAN BERTUAH

Cabutan bertuah adalah untuk:

  • Peserta yang menyertai kayuhan; dan,
  • Peserta yang melalui garisan penamat (walaupun tidak penuhkan CP sticker)

Bawa plat nombor untuk mengambil hadiah

(Gambar sebagai hiasan sahaja takdak sangkut paut ngan yg masih bernafas atau tidak)

Kesahihan maklumat diambil dari pihak penganjur

Last Ride B4 Jitra

Petang tadi set kayuh ngan rakan yang nak ke Jitra...alhamdullilah mendapat sambutan, cuma ONK (Ongah) jer yang macam biasa last minit ada hal tak leh ikut training dan tak ke Jitra gak...ni mau hina 7 kali lak ni...rakan2 tau la kenapa.

Kayuhan petang tadi bermula dari Komplek Rakan Muda Kamunting, Taman Lela, Changkat Larah, Sg. Air Kuning, Kampong Selamat, Bukit Merah Lake Town, Semanggol, dan balik ikut Changkat Larah, Kemunting....semuanya...47km, tapi aku tak terus balik kayuh lagi bersama SPO, AZJ pusing ikut LakeView sebelum balik kerumah...keseluruhan kayuhan petang tadi 59.05 tercatat kat spedometer aku.

Gambar kayuhan tak amik tumpu pada kayuhan jer..sambil turun ilmu
ckit2 kat OCC.

Rasanya cukup kut angin nak tentang bukit2 di Jitra sabtu ni...apapun kita tengok nanti ragam rakan2 yang kesana...macam macam cerita akan timbul...rakan2 Ipoh lak tak tahu camana persiapan mereka, yang tahu basikal masing2 dah bertambah cun ngan aksesori baru...

Jumpa disana...

Peazz.

ps : JEN kalau hang baca ni...tak mau ka hang bet ngan aku...cam hang bet ngan DMG tu...sure aku sangup terimanya...

Wednesday, July 29, 2009

Wonder Pet...Apa Yang Penting ?

Dah hampir 3 minggu dah rumah wa jadi nusery pets. Adik ipar wa pi mengerjakan umrah so dia tinggalkan satu ibu ngan 4 ekor anak...kat rumah wa lak dah ada satu ibu gak yang baru 2 hari melahirkan anak kacukan Kucing Siam ngan Parsi...3 ekor...campor lak lagi dua ekor...jadi semua wa kena jaga 11 ekor. Disiplin kena tinggi...kalau tak rumah bau tak menyenangkan...pagi petang kena kisahkan deme ni...sekarang ni seronok lak pasal bebudak yang kecik tu dah pandai main2...ralit lak tengok deme ni main kejar2...kucing wa yang kacuk tu lak baru jer 3 minggu...tapi dah mula nak kuar dari sarang...sok2 makin ramai la depa ni main kejar2....dan makin ralit la wa layan deme ni...tambahan lak semua wa tengok comel comel belaka....

Ni yang kawin campor ni...wa nak bagi bret jenis apa lak...siam+parsi= ????????????
Tak sabar wa nak tengok deme ni besar....

Layan...gambar deme ni...saja buat kenangan nanti leh tengok balik dan bandingkan bila deme ni dah besar...yang wa pos sekor dulu pon dah besar...rasa cam baru jer lagi....

Bapa Siamies

Mak Persian

Anak ???????

Anak Tumpang 1

Anak Tumpang 2

Anak Tumpang 3

Anak Tumpang 4

Dah mula lincah bermain...ni yg buat ralit tengok deme ni

Banyak lagi gambar dah ngantok nak tidor ni...wa cau dulu...

Peazzz....

Tuesday, July 28, 2009

Jitra -- Menanti

Tu dia trek yang menanti kita semua...so pandai2 la fikir strategi anda...nak ngelat, nak tipu, atau nak nak LORRY....So Sendiri Mau Ingat La...jangan lupa bawa air secukupnya disamping keperluan lain....kan dah rasa apa yang jadi masa trek SIT minggu lepas...




Peazz.

Sunday, July 26, 2009

Pra Jitra 2 - Kayuhan Seri Iskandar.

Pagi ni nak turun sana sambil kayuh bersama rakan2 SIT...yg difahamkan dah banyak buat modification pada kuda kepang masing2, so dah hujung minggu ni banyak tugas di Ipoh so wa ambil kesempatan bawa sekali wa punya kuda baru, hehehe...nak test gak performence dia camna...leh tak tangkap kambing...so tunggu kemunculannya...
Tapi kat sini wa nak ayat rakan2 Ham yang berkayuh yang jersy tuk anda dah siap cuma menanti tuan tuk disulam nama....dan selasai urusan hulur menghulur jersy tersebut akan menjadi milik anda secara sah...Esok wa dah janji nak bawa sekali tuk pratonton pada rakan yang turun berkayuh...

Info dan tempat kayuhan leh semak kat cni....SIT

Bahagian Hadapan Kiri akan disulam Callsign dan Nama

Pandangan dari Belakang
bukan
Jangan Pandang Belakang

Akan mula dipakai dikhalayak ramai secara rasminya di Jamboree Kedah pada 1hb Ogos ini di Jitra...

Peazz...

73 down de log
9W2VZO.

Tuesday, July 21, 2009

Kayuhan Pangkor. 18-19/Jul/09

Sabtu dan Ahad lepas kes ni berlaku...so pada yang nak tau lebih lanjut pi kat OCC blog, SWAL Zurin blog dan JEN blog....wa malas nak cerita dah, biar orang baru lak cerita...bertapa gumbiranya mereka dapat menawan Bukit Pangkor...wa cuma nak pamirkan gambar yang sempat wa rakam semasa kayuhan tempohari...layan....ini betul2 kejadian tarak photo impose...apa yang phone wa capture itu yang wa pamer kat sini...itupun atas permintaan sesaorang...dok asyik tanya mana gambar...mana gambar...hah amik kau...sekali aku post panjang berjela kebawah....layannnnnnnnnnnn....hehehe

Caption gambar2 tu boh la sendiri...nak jadi camana pun cerita tak apa...yang penting misi berjaya...jumpa lagi..rakan kayuh ku...

Peazz...