Thursday, January 28, 2010

Le Tour De Langkawi

Tarikh : 30-31 Januari 2010
Tempat : Langkawi ler...dah nama pun Le Tour De Langkawi

Okey ni kira projek kayuhan separa Adhoc juga la...baru jer balik dari meeting dengan group kita orang dan semua dah sepakat nak pi. Adalah dalam 10 - 12 rider kut yang dah setuju. Jadi yang mana tak dapat datang Mee Eating tadi leh rujuk iternary yang telah dipersetujui.

Mission : Tawan Pulau Langkawi
Journey by Car : Taiping - Kuala Perlis
Event date : 29th January 2010
Meeting point 1 : Plaza Tol Taiping Utara ( Tol Kamunting )
Gathering time : 1730rs - 1800hrs
ETD : 1815hrs
ETA : 2230hrs Checkpoint Home Stay Kuala Perlis.
Makan Time dan Acara Bebas.

Misi Bermula.
Day 1 - 30/01/10

0700hrs - 0730hrs Sarapan Pagi
0745hrs - Kayuh ke Jeti Kuala Perlis
0800hrs - Loading Bike into Ferry
0915hrs - ETA Jetty Kuah.
0930hrs - Start Pedaling....refer the map below.
1230hrs - ETA Pantai Chenang Chalet ...Rest and Leisure Time.

1630hrs - Epi Cranking to Langkawi attractions
2000hrs - Dinner in BBQ style

Day 2 - 31/01/10

0700hrs - 0745hrs Sarapan Pagi
0800hrs - Start pedaling
0900hrs - ETA Pekan Kuah
0915hrs - Shopping for love one.
1100hrs - Loading Bike into Ferry
1215hrs - ETA Kuala Perlis.
1300hrs - Lunch and Journey back to Taiping.



Jumpa anda pada hari Jumaat.

Peazzz...

ps : Kut ada yg teringin nak ikut boleh kontak OCC ( Sham ) ... 0172077187

Tuesday, January 26, 2010

Google Translater


One day fishing in Bukit Merah ....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 4:19 PM


29 November-Sunday, the morning time out house to house in the travel market Matang, Taiping, cq call kot kat V20-one who is, then welcome .... 9w2mzs-zul Zul invite chat while drinking my kat area base .. . disembangkan want to have a look at rarely find reason Zul ... just celebrate a new eye recently .. dah 2 months and rasenya ... congratulations to Zul ...

tu lah duk eyeball time Zul asked to go fishing .... so we dicided to go 2 hours in the evening ...

so this is the environment that can be taken while fishing ...
scenery around Bukit Merah

on the same day (Sunday) is the night market just kat branch roads have shops, the location he, after the toll exit Junction Bukit Merah Laketown no traffic lights, take right in the 5 km ... kind of ... there is kenalah the day we go ...

by 9W2OHM


Agak agaknye kalau Mat ka Mek Salleh try software tu depa leh faham ka...saja pi blog OHM pastu terpandang lak kat atas kepala blog dia ada google translate...teruja nak mencuba...tapi menda ni selalu dah tengok kat blog OCC tapi tak amik kesah pun...cuma tadi terasa nak try...last2 bila aku baca balik nak gelak pun ada...hehehehe...kut tak faham ni kat bawah ni dia punya original post dalam bahasa kita...jangan marah OHM...

Satu hari memancing di Bukit Merah....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 4:19 PM

29 November- Ahad, Pagi-pagi waktu keluar rumah rumah dalam perjalanan ke pasar Matang, Taiping, cq kat v20 panggil kot siapa-siapa ada, pastu 9w2mzs-zul sambut....sambil sembang Zul ajak minum kat kawasan base saya...ada yang hendak disembangkan memandang jarang-jarang jumpa...sebab Zul baru sahaja menyambut cahaya mata baru..baru-baru dah 2 bulan dan rasenya...tahniah untuk Zul...

masa duk eyeball tu lah Zul ajak pergi memancing....jadi kami dicided untuk pergi dalam jam 2 petang...

jadi inilah suasana yang dapat diambil semasa aktiviti memancing...
pemandangan di sekitar Bukit Merah

pada hari yang sama(ahad) ada pasar malam betul-betul kat selekoh jalan ada kedai , lokasi dia, selepas simpang keluar tol laketown Bukit Merah ada lampu isyarat, ambil sebelah kanan dalam 5 km...macam-macam ada...memang kenalah dengan hari kami pergi...

by 9w2ohm

Apa pun sekurang kurang nya ada la juga depa faham

Peazzz...

Adnan Sempit.

Layan ni best gak...wa tengok promo dia cam syiok jer...happy jer...sesekali layan filem melayu ngan minah rempit kat sebelah ok per. Tapi sapa nak jadi Minah Rempit ni...aku tengah freee ni...ada lagi ka kat Big Cinemas ni...cam rasa nak pi tengok jer ... tengah tension layan sorang sorang kang...


Ni Movie trailer dia





Peazzz...



Friday, January 22, 2010

Jom Touring

Jom Cyclist yang berkelapangan...touring santai, pada yang nak turut serta sila hadirkan diri dikawasan lapang berhadapan dengan Pusat Kesihatan Kecil Changkat Jering pagi Ahad ni 24/01, Jam 0700hr, sediakan kelengkapan sendiri.





Teman pun dijemput melalui SMS tapi dah ada kelapangan ni saja buat en3 kut kut boleh ramai lak pengayuh yang datang maka akan lebih meriah lagi. Pasal kayuhan ni agak jauh teman tolong plotkan map kat sini untuk persedia pada rider yang nak ikut kayuh.

Kayuh Untuk Sihat dan persedian untuk SIT Exploretion.

Peazzz...

Lain Yang Ditunggu Lain Yang Keluar.


Saya percaya ramai yang menanti keputusan keluar dahulu tetapi bila perati blog kengkawan dan terus ke website rasmi MCMC notis peperiksaan lak yang keluar, sepatutnya biarlah keputusan peperiksaan 2009/2 tu dikeluarkan dahulu, bukan apa kut kut yang dapat lampu merah nak cuba lagi boleh la terus register semula.

Apapun rasanya mereka ni lebih arif dan pada jangkaan saya la keputusan peperiksaan yang lepas tu akan dikeluarkan dalam masa yang singkat ini, jadi pada rakan rakan yang menduduki peperiksaan yang lepas rajin rajin la monitor selalu web MCMC tu...apapun selamat berjaya...dan selamat untuk calon yang akan menduduki peperiksaan RAE 2010/1


Opss...sebelum terlupa selamat gak pada rakan rakan yang nak ketuk ketuk...moga lepas ni makin ramai yang akan bertukar callsign....Insyallah.

Peazzz....

ps : SBD jangan miss yang ni...harap hang berjaya kali ni....mendapat 9M.

17k Visitor


Tima kasih rakan2 kerna masih sudi klik blog teman ni, walaupun sebenarnya tak dak isi pun sekadar coretan kosong.

Balik dari Eyeball ngan rakan2 tepen tadi...log on tenet...masuk blog teman kut2 ada member tinggal komen ker apa...tekan2 sampai bawah ternampak angka tu...terus ada niat nak wat en3 sebagai kenangan saja...kalau la ada register pay per klik kayo den...hehehe...

Peazz...

Thursday, January 21, 2010

Hiteria - Cameron Highland


Kalau betui depa nak panjat aku dengan rela hati akan jadi support team...escord ngan Kak Elly aku...lama gak tak ride motor tu...kang merajuk la pulok...asyik ngan Kak Ida jer...leh juga konvoi ngan ELEGERAK...



Mana pi budak ni sekarang, Bakat dia dalam nyanyian
leh tahan gak, saja upload lagu ni best gak
layan bait..bait lirik dia

HISTERIA ~ Nadia AF6

ke mana engkau pergi
ku akan turuti diri kamu
setiap hembus nafas mu
akan ada di sisi kamu
walau kau coba 'tuk sembunyi
kau tak kan dapat terlepas
kau kan jadi milik ku
tiada tidak lagi
usah kau merayu aku
setiap manusia
yang hidup di dunia
pasti akan jelas hutang mati
mati mati ohhh..



Peazzz...

Sesekali KuRasa Teringin

Jom kengkawan...kita pai lek ni lak...

Betong Mountie Ride

Date : 31st Jan 2010
Time : 07.00 am (Malaysia)
Meet: Kedai Amin Betong, Thailand
Route: Offroad . . . . . Dist : 30km+

En3 ni sambil layan lagu tajuk kat atas....so sapa nak ikut jom...tapi itupun kalau KDN aku bagi Permitt...kalau tak aku layan lagu dan gambaq saja la.

Kut hampa nak jalan dulu pi klik kat url ni

Betong Mountie Ride




Peazzz....

Monday, January 18, 2010

Sebermula


Cerita bermula disebuah restoran di pekan terpencil...tepen (bukan nama sebenar) antara 2 insan yang sorang tu jiwa kacau...botak (pun bukan nama sebenar) dengan Victor (melayu tapi nama cam orang putih, pun bukan nama sebenar)

Vic : Botak hang balik dak minggu ni
Botak : Dak, modal kering, apahal ada program ka, aku on jer...
Vic : Jom kerabat Cameron kita tidoq sana.
Botak : Sapa lagi.
Vic : Kita dua orang jer la.
Botak : Kang yg sorang tu merajuk lak...
Vic : Sapa adik hg ka. Kalau hg nak ajak hg call la dia.

Botak pun angkat talipon terus dail....

Botak : Ok...dia on dia kata adjust bawa family pi sekali, kita kayuh depa pi terus naik...
Vic : Ok nanti aku comform balik...
Botak : Mana aci hampa bawa bini...aku bujang.
Vic : Call la bini hg...dia nak ikut ker, hg biasa la boleh balik hari punya.
Botak : Ok...

Ambil phone call bini...

Botak : Tak boleh anak aku ada program kat sekolah...
Vic : Nasib hg la...

Bersambung....

Peazzz...

VZO,OCC & DMG:Kenapa hangpa panjat cameron sengap2....???

Jen...en3 ni khas buat hg, tp yg lain kalau nak baca tak dak masalah...dah namapun projek rahsia jadi BIARLAH RAHSIA...bak lagu CT...tok sah kata hang geng Ipoh pun kami tak bagitau...cuma ingat akan terjumpa depa masa nak mula kayuh tu kira nasib la...pasal aku ada bagi hint kat dua rakan yg selalu kerabat Bukit Divider...sorang bagitau mungkin dia akan panjat sana pagi tu...dan sorang lagi kata ada masalah pasal anak2. fullstop.

Penyambung nyawa sepanjang perjalanan AIR BUKIT.

Projek adhoc petang bincang, adjust ngan bini, call apartment 5.30pg on...pi ngan kereta OCC pastu 11.00pg bini2 gerak dari umah keatas sambil bawa lunch...dan trus depa tinggal...petang 9W2ZIS satu family ikut dengan minuman petang...berkelah kat view point...kena bubur dan sambung ke tempat penginapan...simple...tapi terancang. Tak dak niat nak tinggalkan sapa2 atau nak menunjuk nunjuk...cuma kami kayuh dengan keadaan yg paling santai...avg 7km/hour...kalau ada yg radang kami minta ampun...kita akan buat program lagi sekali ramai2 selepas kawan2 kita selesai projek SIMTBEX 2010 ni...kami tau hampa sibuk.

Harap TAG hang terjawab JEN...

Peazz...

Sunday, January 17, 2010

Salam Dari Pahang

Rahsia dah pecah, ramai yang marah, tapi jangan marah ada sebab musabab yang kami tak hebah2kan projek ni...nanti kita ulang ramai2...Alhamdulillah kami berjaya menamatkan kayuhan, cerita rentetan nanti kami upload lain...hari ni kami nak bersantai bersama keluarga...Bini kena jaga juga...

Rehat Santai Sempadan

Hari Kedua Enjoy ngan Family.
Cuma kesian kat cameraman
Bujang anak yatim piatu
ada binipun kena tinggal.
tapi malam jadi hantu.

Peazz...

Saturday, January 16, 2010

Mickey & Minie

Dah besar deme ni...3 bulan umoq tapi lincah tak reti dok diam.
Aku dan lagi buah en3 ni sambil tunggu 2 rakan ku sampai umah.
Depa ni janji nak mai ambil aku kul 5 tapi dak 1/2 jam nunggu
tak sampai gak. Projek rahsia ni jadi ka tak jadi.
kalau jadi ada rakan yg akan marah sal
tak ajak depa. tapi Insyallah kita jumpa kat jalan
pagi ni...kalau jadi la.
Harap2 jadi lah
Tak mau nanti depa kata jadi tapi
KONVOI MATRIX
jer.

Peazz...

Deme dah sampai cdepan umah aku...yahoo..jadi...

Tuesday, January 12, 2010

Goreng Pun Sodap


Kelabau Species Air Tawar yang boleh
didapati diSungai Perak

Kang kalau aku boh tajuk kayuh kau orang boring lak
so iklan dulu pastu baru tengok wayang.
Bak kata X jangan pernah percaya dengan aku.

Kayuh Manong Exploration

Manong...kayuh offroad...sabtu lepas 9/1/10 atas jemputan rakan2 kayuhan dari manong...40km yg menyeronokan...macam2 ada...cerita lanjut pi jer jengok blog rakan sekayuhan hari tu... 9W2OCC

Kat cni aku nak ucap tahniah kat AXS yang berjaya mengikuti program ni sehingga tamat dan tentunya akan menjadi ingatan buat beliau...semasa percutian beliau ke Taiping...feedback yang diberikan oleh beliau amat menyeronokkan kata beliau...boleh datang lagi. satu pengalaman yang berlainan.

Flag Off kat Petronas Manong

Dalam bot penambang ke Seberang Kg Bekor

Gambar kenangan dibawah rumah lama
Peristiwa Bekor search dlm internet
kalau nak tahu apa yg berlaku.

Dihadapan rumah orang asli Ulu Bekor
berdindingkan buloh seluruh rumah tu.

Pitstop yang pertama di km21..
Lombong Perancis kat orang2 situ la.

Gambar gambar diatas tu semua diambil semasa sessi pertama kayuhan ... kayuhan yang agak santai sambil makan angin...sessi kedua selepas berhenti rehat tu...takdan dah kamera cap ayam nak tangkap sal dah mula mencabar dimana disajikan bukit yang agak tinggi selepas 1km kayuhan bermula....bentuk rupa bumi yang naik turun diselangselikan dengan selut2 serta downhill yang agak layan...dan bermula di km26 cabaran panas lit lit sambil turun naik bukit dijalan crushrun amat memeritkan...disinilah kalau kekuatan mental tak kuat memang akan selalu berhenti...dengan macam macam alasan...diberikan. Nasib baik tak naik lori. hehe.Sejam aku tunggu hampa baru sampai...apa hampa buat aku tak tau...nanti aku tanya DMG...Selesai Explore Manong...terima kasih buat geng Manong...ada kayuhan bagi tau kami nak turun lagi.

Ni gambar paling cantik aku rasa la, credit tuk Sham
Hang dah boleh joint team DSLR la.
Tuk Mirul jangan serik.

Berhenti dalam perjalanan balik kat Hutan Lipur Ulu Kenas tuk rendam2 badan pastu terus ke Kuala Kangsar isi tangki dan balik ke Taiping.

Peazz...

Sunday, January 10, 2010

Kayuhan Pertama 2010


Cuma 3 orang...mulanya 5 tapi disebabkan 2 lagi ada pangilan tugasan terpaksa yang 2 tu patah balik walaupun baru 5km berkayuh...tapi kami 3 orang tetap kayuh ke destinasi yang dijanjikan...mana destinasi layan jer gambaq.


Itulah jawapan yang di beri oleh Sham, yang penting badan sihat dan enjoy your life...kita bukan nak jadi pramugara ke atau model maupun sportman yang mewakili negara...kita cuma Kayuh untuk kesihatan sambil tengok2 tempat orang...naik kereta hang tak sampai lagi ke HS9 tapi ngan basikal dah 2 kali hang lintas sempadan...aku sokong hang Sham...kalau ada rakan nak cuba mai...kita boleh bagi pakage siap sediakan basikal lagi...janji mau kayuh.

Balik cerita kayuhan kali ni kami pi ke Kuala Sepetang ikut laluan trek keretapi pertama Taiping Matang pastu terus ke Pejabat Hutan Kuala Sepetang dan ke Pekan Nelayan Kuala Sepetang...singgah sat kat Jeti sambil menikmati suasana petang pastu dalam perjalanan kayuhan balik singgah isi tangki kat warong Mak Jah dah jemu ngan Mee Banjir Udang Mak Teh...boleh bagi 4 bintang gak mee dia...kalau sesiapa nak cuba boleh ikut jalan ke Kuala Sepetang tu dan ikut jer sign board yang disediakan oleh penguasa kedai tu sendiri...pasti jumpa punya...banyak dia melabur buat sign board tu...rasanya pasti bebaloi kut...

Pas makan ingat kayuhan akan terus balik kerumah...rupanya sampai kat Simpang Taiping ada lagi ajakan makan, kali ni pekena Kow Tiaw Goreng Kerang lak...sedap gak boleh ulang pi makan ngan anak bini sekali sekala...lagi layan dari Kow Tiaw Koboy...tengah layan Sham dapat pangilan dari AXS (Amirul) dah sampai simpang, terus suruh dia mai Simpang kata kami tunggu kat tepi jalan.

Mirul sampai kami terus kayuh balik ke Base aku...dapat la 40km buat perangat badan diawal tahun 2010 ni...

Tunggu en3 seterusnya pasal pelangan pakage kayuhan dari rakan2 Tepen...

Peazz...

Kawan Baru DMG (Megat)

Memang serasi depa ni berdua...kena segala segi...semalam baru terjumpa...memang boleh kayuh sama sama selalu ni...Megat kata pasai hang la dilambat sampai semalam...hehehe.

Sorry Cikgu... terjumpa gambar ni kat blog rakan
siap tertangal baju tu penangan Kawat09
Apapun jangan serik masuk jamboree lagi
aku tau hang kuat kayuh.
Terima kasih atas layanan semalam

Peazz...

Wednesday, January 6, 2010

Fixed Gear Bike

Petang tadi masa kayuh santai, terserempak ngan sorang budak dengan custom build bike dia...body basikal lumba lama dia cat sendiri pastu crank depan piring satu dan belakang pakai perewel mampus...hendle tanduk...sejibik la cam basikal kat bawah ni...tapi yang kat bawah ni rega dia mahal woooo....90% titanium...boleh agak la berat dia. K lupakan sat basikal kat bawah ni...aku sembang sembang pastu dapat tahu jenis basikal yg cam dia buat tu dinamakan "Fixed Gear Bike" so balik malam aku layan tenet google menda ni...rupa rupanya ada peminat dan group depa ni...start kat...baca la atikel yg aku paste ni

"It all began in New York, where the traffic was so bad that it was easier to ride a bicycle to get from one block to the other. New York bike messengers found that the fixed-gear track bicycles were perfect for the surface conditions in the city. Unlike the modern bikes a fixed-gear (fixie) bike is very minimal; no gears or brakes making it incredibly lightweight. What was a necessity in past has now become a hobby for hipsters all over the world including UK, Japan, Thailand and now, Malaysia."

Dan kat Mesia ni pun baru jer nak berkembang...siap ada group kat KL yg dok active memperkenalkan jenis kayuhan basikal ni...baca kat cni


Copy gambar ni dari mtbr forum


Features & benefits

LONDON TO PARIS from Amazing Grace on Vimeo.

Layan depa ni datang dari merata tempat layan kayuh

fixed bike ni

Sekadar hiasan kut2 ada tersimpan kat garage
rumah anda...boleh build up sejibik

Salah satu idaman kaki Fixed Bike.
Seat Brooke tu...mahal tu boleh cerca RM500 skrg ni.

Saja nak kongsi kut2 ada yang nak tambah koleksi dan hobi kayuhan ni...nak banyak info lagi pi youtube.com....jangan pi redtube.com dah...aku tak tanggung kalau kat situ jumpa basikal jenis lain....hehehe

Peazz...

Tuesday, January 5, 2010

Tanduk Iblis

Aku terima email ni dan saja panjangkan disini untuk renungan rakan rakan...

WALLAHU A'LAM!!!

MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN, BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS. INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA. MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIANMATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT. PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP... KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA. MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM. AMBILLAH PERANAN...[istighfar jom..] wallahu a'lam


Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam, maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '



KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,

maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Thanks to person who sent this email.

Peazz...


Monday, January 4, 2010

Pic Pilihan


Credit to Abg Dome.

Peazz...

Kembali Ke Sekolah


Selamat bertugas pada Cikgu Cikgi dan selamat belajar buat adik adik semua...pagi ni jangan bangun lewat lak...almaklumlah lama cuti...takut terbawa bawa lagi mengantuk tu ke dalam bilik darjah...hehehe jadual akupun akan berubah sikit...kena tempias gak...maklumla...bini cikgi...anak2 kesekolah belajar...tinggal aku sorang2 kat umah...mula la balik aku jadi surarumah...tolong menolong katakan...tak payah cerita lebih lah...nak tidoq sat...apapun selamat kembali ke sekolah....

Peazzz...

Sunday, January 3, 2010

Rezeki Mulut Awal Tahun.


Makan lagi...tapi kali ni lain sikit, terus terang cakap kalau menu dia bukan hat tu mungkin aku tak pi...tapi sal menu dia tu payah nak dapat, tu yang sampai juga kesitu.

Sampai jer terus nampak yang ni
dari kul 4.30 dah start bakar
Aku sampai kira terus melantak jer.

Terima kasih buat rakan rakan Salak Cycling Team atas jemputan lain kali kalau buat menu yang sama jangan lupa roger aku lagi...pasti aku sampai.

Rusa panggang

Menu tambahan...siap ada Sup Kijang ngan
Daging Kijang masak hitam.
peh..kembong perut aku malam tu
Salad,Bihun,Nasi Goreng
Kentang Goreng.
Dan Air Special nampak cam teh
tapi agak pahit.

Tengah tanya Anak,
Kenyang tak makan malam ni.
Dia kata puas, banyak layan daging pangang jer.

Pose khas untuk OCC.
Sapa suruh balik Kelang.

Peazz...

Friday, January 1, 2010

Idup Lagi...Aku


First en3...on 2010...just want to say Hai....


New Year Resolution,
To See Things Differentlly....

Peazz...