Monday, September 24, 2007
MEE KETAM - JURU
Bahan-bahan 1kg mee basah 2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit kicap] 1 ketul kiub ikan bilis 3 ulas bawang merah3 ulas bawang putihserbuk sup adabi @ sup punjut sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis, & kobis (option) minyak utk menumis 2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah le bahan-bahannya sebiji telur.
Cara - cara
Panaskan minyak
Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk
Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih
Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah
Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur
Tauge dan mee dicelur
HidanganBubuh mee dlm mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah dituangkan kuah panas-panas dan terus dimakan. rasanya macam mee bandung, tapi kuahnya sedap sebab ada ketam. Selamat mencuba.
Friday, September 21, 2007
Wikimapia SMT KUALA KANGSAR
http://wikimapia.org/#lat=4.773205&lon=100.852937&z=17&l=0&m=a&v=2
Monday, September 17, 2007
Pilih Mana Satu Untuk Juadah Berbuka Esok
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
1. Masakkan semua abhan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.
Bahan A
2 cawan tepung beras
2 s/b tepung ubi
2 s/b tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam
Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 s/b udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 s/b bawang goreng
Bahan C [hiasan]
cili merah [cincang]
bawang goreng
daun sup dan daun bawang [racik]
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.
Saturday, September 15, 2007
Juadah Berbuka Puasa Hari Ke-3
Seekor ikan siakap atau kerapu sederhana besar
10gm Bawang merah
10gm Bawang putih
10gm Halia
3gm Cili padi
10gm Cili merah
20gm Sos plum
1biji Plum bergaram
20gm Taucu
10gm Air
1/6 sudu teh Kicap pekat
1/4 sudu teh Gula
Untuk hiasan:
Daun bawang
Hirisan lobak merah
Cili merah
Daun pasli
1. Kukus ikan selama 13-16 minit dan asingkan
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, cili merah dan tumiskan bersama bahan-bahan yang lain untuk dijadikan sos.
3. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah siap dikukus tadi.
4. Hiriskan daun bawang, lobak merah, cili merah dan daun pasli dan hiaskan di atas ikan.