Friday, August 7, 2009

Berbaloi Kalau Naik Lori Pun

Lawa Jersey ngan Tee Shirt yang disediakan oleh Penganjur kali ni...mungkin nak tarik penyertaan kut, tapi apapun memang berbaloilah bukan senang nak dapatkan baju yang banyak cop tu...kalau beli kat luar rasanya mau cecah ratus satu...atau lebih..wa tau la wa dalam bidang tu....kalau balik naik lori pun kira berbalui oooooo...So jumpa disana...sama2 kita tolak basikal ngan geng orenapelgreen....heehhhee ada yang kata geng koperat tu..

Cycling Ham MALAYSIA
4 STAR Wa bagi kat gambar ni.Symbolic woo.

Peazz...

Wednesday, August 5, 2009

Yang Orang Lain Tak Rasa

Ni bukan nak mengaibkan kengkawan tapi nak menguja kengkawan...nikmat yang tak boleh diceritakan oleh orang lain...yang berkayuh jer yang tahu, jerit perit dan macam macam lagi boleh didapati semasa jamboree...apapun itulah cabaran yang perlu dihadapi bagi mencabar ketahanan mental diri sendiri. Barulah kita tahu keupayaan sebenar diri kita...kalau takat main basikal kayuh ikut jalan tar saja budak kecik pun boleh...pastu bila dengar ada rakan yang balik naik lori atau apapun ada yang boleh gelak besar...mempertawakan kelemahan rakan tu...tapi cuba fikir kalau diri sendiri boleh tak terima cabaran ikut dan turut serta mengharunginya baru boleh nak bersuara....apamacam rakan rakan...sangup terima cabaran ni...64 hari lagi masa ada untuk next jamboree yang cycling ham malaysia pilih...Jumpa di BM Mountain Bike Carnival...Wa cabar Lu baru wa angap lu betul betul main basikal...

Gila ka kayuh dalam hutan sorang sorang.
Kata orang la, tapi nikmat dia sendiri yang rasa

Trek Balak

Minum air jampi ka bang

La rupanya minum ubat tidoqqqq...

Ni napa lak ni, hudoh muka, jerit kenapa ???

Jatuh, luka sakit la tu...


Tak pa jauh pada perut, masih leh makan dan senyum.

Semangat yang kental akhirnya sampai gak kepenamat.
Tapi jauh gak lagi...tu bumbung putih tu tempat penamat.

Gambatr ehsan dari camera phone 9W2SPO..Saiful

Rentetan keperitan dan kepuasan leh juga dibaca di RULE...rasa cerita dia full version...pada blog owner tak marah kut wa link kat cni...3 bintang wa bagi rate tuk lu.

Peazz...73 de 9w2vzo aka coollaant

ps : tak berniat nak menyinggung sesiapa angap ini sebagi cabaran didalam hobi berbasikal


Sunday, August 2, 2009

Jitra - The Day

Dah abis, rata rata semua yang terlibat gembira dengan pencapaian masing masing, tahniah pada firstimer...jangan serik banyak yang anda dapat pelajari dari situ...juga pada yang lain2 rasanya nanti bila berqso ceriata pasal jamboree ni tak habis dalam sehari dua jer. tapi yang pasti jersy oren menarik perhatian rider2 lain disamping menghangatkan dan meriuhkan suasana dihutan balak itu. Jumpa lagi di BM Jamboree...gambar nanti upload sal depa semua jelous kat aku yg hensome ni...satu gambar aku pun depa tak tangkap....radang aku...lain kali repair basikal sendiri....hehehe...

Tag aku...216 okey la tu bagi org tua 45thn...

Peazz..

Thursday, July 30, 2009

Cinta Laura - You Say Aq

Anak wa dok layan citer ni tiap petang (Upik Abu dan Laura)...so bila abis jer citer tu dia pun ikut nyanyi gak...siap hafal lagi...so kalau dah hari2 dengar lama2 tertarik gak...so sambil buat kerja gooogleeee sat lagu ni...siok juga layannnnnnnnnnnn....



Peazz...73

Tips Nak Ngelat, Kalau Mau La

MAKLUMAT LALUAN

Jarak

±43km

CP 1

Kawasan Permulaan (Tasik). Sila pastikan anda mendapat sticker sebelum berlepas.

CP 2

KM 18.5 sebelum trek balak*

CP 3

KM 32 – terdapat trek sepanjang 100m yang curam dan yang perlu menolak basikal

CP 4

KM 35

Penamat

  • Peserta akan memasuki kawasan tasik menggunakan pintu belakang.
  • Peserta perlu pusing tasik (anti-clockwise) untuk ke garisan penamat.
  • Garisan penamat berada di antara canopy putih dan tasik
  • Nombor anda akan dimasukkan di dalam kotak cabutan bertuah di garisan penamat

Terdapat 5 refill stations – Air minuman, 100 Plus dan pisang

TREK BALAK *

Jarak/Panjang 10km

Tanda/Marking

Setiap kilometar ditanda bagi memudahkan usaha-usaha bantuan
Downhill Di kawasan balak, terdapat downhill yang agak berbahaya terutamanya pada KM 1.5

CABUTAN BERTUAH

Cabutan bertuah adalah untuk:

  • Peserta yang menyertai kayuhan; dan,
  • Peserta yang melalui garisan penamat (walaupun tidak penuhkan CP sticker)

Bawa plat nombor untuk mengambil hadiah

(Gambar sebagai hiasan sahaja takdak sangkut paut ngan yg masih bernafas atau tidak)

Kesahihan maklumat diambil dari pihak penganjur

Last Ride B4 Jitra

Petang tadi set kayuh ngan rakan yang nak ke Jitra...alhamdullilah mendapat sambutan, cuma ONK (Ongah) jer yang macam biasa last minit ada hal tak leh ikut training dan tak ke Jitra gak...ni mau hina 7 kali lak ni...rakan2 tau la kenapa.

Kayuhan petang tadi bermula dari Komplek Rakan Muda Kamunting, Taman Lela, Changkat Larah, Sg. Air Kuning, Kampong Selamat, Bukit Merah Lake Town, Semanggol, dan balik ikut Changkat Larah, Kemunting....semuanya...47km, tapi aku tak terus balik kayuh lagi bersama SPO, AZJ pusing ikut LakeView sebelum balik kerumah...keseluruhan kayuhan petang tadi 59.05 tercatat kat spedometer aku.

Gambar kayuhan tak amik tumpu pada kayuhan jer..sambil turun ilmu
ckit2 kat OCC.

Rasanya cukup kut angin nak tentang bukit2 di Jitra sabtu ni...apapun kita tengok nanti ragam rakan2 yang kesana...macam macam cerita akan timbul...rakan2 Ipoh lak tak tahu camana persiapan mereka, yang tahu basikal masing2 dah bertambah cun ngan aksesori baru...

Jumpa disana...

Peazz.

ps : JEN kalau hang baca ni...tak mau ka hang bet ngan aku...cam hang bet ngan DMG tu...sure aku sangup terimanya...