Thursday, January 24, 2008

Mengimbau..ingatan silam

Sabtu pagi seperti yg dijanjikan..rakan radio lokalan taiping akan berkonvoi ke destinasi Bagan Serai diteratak abang 9W2MYR untuk tujuan menimba dan mengagau ikan...

Betul2 menimbulkan ingatan dan kenangan silam semasa waktu muda remaja..setiap kali musim padi selesai..rezeki tambahan buat petani..tiada kata yg mampu ku luahkan ... terima kasih pada Sdr. Amin (9W2MYR)....



Konvoi 1 km sebelum sampai kelokasi, menanti rakan yg belum tiba.



Mengisi perut sebelum memulakan aktiviti..



Kerja2 mengepam bermula...



Haruan pertama yg ditangkap...2 kilo lebih beratnya...



Pass je gambar ni..cameraman pun simpan camera... mana tahan tengok orang lain je yg seronok mengagau...so mana ada dah badan semua berselut...gambar pun tak de la sampai balik...hasil tangkapan agak lumayan melibatkan keli, haruan, sepat, puyu, belida dll ....hampir 50 ke 60 kilo semuanye...

No comments: