Tuesday, December 30, 2008

JOM KAYUH TANGAN

29 Dis 08...Lepas pi beli barang dapur teman hantar barang balik rumah dalam ujan lebat...biasa la bila ujan perut pun terasa lapar...caling rakan ajak minum rupanya deme ada di Kpg Selamat nak mancing...info rakan kata tak leh mancing air beralun dan angin kencang, bagi tau suruh tunggu aku kesana juga bukan nak mancing tapi nak ajak minum sambil cuci mata...hehe, Pas minum trus aku bawa ke lokasi baru...jeng,jeng nak jadi rezeki lihat la sendiri.



Tahniah Mel, esok kita mai lagi...aku radang ni...siap nak dipeluk nya aku...hehehe...

Peazzzz....sok cuba lagi...

Monday, December 29, 2008

JOM KAYUH KAKI

28 Dec 08 ... Taiping MTB dengan kerjasama TORC dan badan2 lain telah menjalankan program Kayuhan Warisan Taiping...dan alhamdulillah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan...dengan penyertaan melebihi 800 peserta yang datang dari seluruh Malaysia...Tahniah diucapkan semoga program ini akan dijadikan dan dimasukan kedalam kalender aktiviti Tahunan Bandar Taiping...Teman juga berkesempatan menyertai program ini...memang menyeronokan dan hapening...apatah lagi dapat berjumpa rakan2 lama geng kayuh satu masa dulu...dan dapat juga kenalan baru...

Teruja sebelum pelepasan

9W2ROT - Cikgu Khairul first timer...bersemangat waja...tahu misi yang nak dituju..

9M2NNL - Pak Nasir ngan Rakan Radio Juga Tak QSL Handle datang dari Ipoh...

Wan ngan Misai...sebahagian dariteman kayuh masa kawan dok Ipoh dulu


Team kampong Boy ehhh dak la saja je teman kata gitu...deme ni numpang tidur di rumah teman semua dari Ipoh Kuat kayuh Deme ni...dari kiri Wan, Afis, Misai, Teoh, Lan dan teman sendiri...bergambar sebelum rakan2 tu balik ke rumah masing masing...

Peazzzzz....jumpa lagi tahun depan. Program terdekat kat JITRA..

Friday, December 12, 2008

Jom Jala Ikan

10 Dis...petang talak kerja, teringin lak nak makan ikan sungai...start kereta bekal baju ngan apa yang patut terus balik kampong...tahu dah jala ada Anjah tingal kat umah Kak Kiah...sampai sana amik jala ngan kunci rumah Abah terus ke Tanah Warisan...potong pokok tepi pagar sikit tu pun kalau ikut hati nak potong trim semua, tapi semua banyak terus tinggal...tengok jam dah 5.30pm tukar baju ngan seluar pendek terus capai jala...cuba nasib 3 kali tebar naik 4 ekor semuanya...


Lampam Jawa, Terubui, Pucuk Pisang...duk sekawan kut...balingan ketiga ni baru dapat....pastu rezeki naik sekurang kurangnya sekor sekali baling tak pun lebih...bah kata orang upah baling...tu yang buat seronok tu...layang gambar...kasi orang lain teruja bila singah sini...



Gambar ni aku suka...masa ada nanti aku nak edit sikit kasi terang guna photoshop...menarik pemandangan ni kena lak ngan sinaran matahari yang nak junam dah tu...peh teruja suasana kampong...



Siok ooooooo sesekali buat kerja macam ni, siap mandi sungai lagi...tanpa jadual terus jer pi, pastu dapat lak hasil yang agak lumayan....



Hasil yang telah siap disiang, setelah dibagi dua pada buddy selaku cameraman dah teman sehobi...thanks 9W2OHM... sok sok leh pi lagi...


Kredit juga tuk Ohm sebab pandai amik gambar walaupun guna hphone murah aku...ada bakat ni kalau dapat DSLR mau orang lain tak leh cari makan ni...hehehe

Soalan Cepumas...sebelum aku nak peazz kan post ni...tau ka nama spcesis ikan yang aku tangkap ni...sapa dapat jawab ada hadiah...


Peazzz...jumpa lagi...

Thursday, December 11, 2008

Railway Station Ipoh - Upgraded

Minggu lepas pi antar adik naik keretapi di railway station Ipoh...ni la kali pertama jejak kaki kembali sejak station tu ditutup untuk pembesaran dan naik taraf tuk suttle train...yang dah mula beroperasi mulai 1 dis 2008 dengan 5 trip sehari...weekday jer...
Cuma mungkin depa belum beroperasi sepenuhnya...dalam suasana kemeriahan raya ni sudah pasti ramai orang akan mengunakan kenderaan awam ni...satu kaunter jer yang dibuka...nak amik tiket pun terpaksa beratur hampir 45 minit baru boleh dapat...
Stesen canggih...Perkhidmatan juga perlu ditingkatkan sejajar dengan kelajuan train eletrik ni....hehehehe Insyalah....







My 2 sen opinion...

Peazz...

Modenas Promotion Service Team

7 Dis...Service Team ni aku tau depa mai tepen atas info Wakjol aka Suparjo...so pi la amik kesempatan atas check free ni...after check semuanya ok cuma satu jer depa info yang brek pad belakang akunyer kuda dah nak abis...so depa tanya nak tukar ka...aku kata kalau ada stok tukar la dan pomen tu bagi tau harga dia rm25.50...aku on...yang aku radang nyer selepas 45 minit depa pokah kuda aku atlast depa kata terpaksa guna balik yang lama, depa kata akunyer brek jammed...pada hal aku dok tunggang tak dak pun masalah dah masih berfungsi ngan baik...cuma memanglah pad dah nak habis. Yang buat aku lagi radang lepas depa pasang brek lama, brek langsung tak berfungsi...malas cakap banyak terus kata ok...depa tak senang hati terus bagi aku no talipon servis kat gurun kata kalau aku turun depa bagi special treatment tuk kuda aku.
Tak masuk akai langsung...nak tukar brek nak kena turun gurun dari tepen lu pikir la sendrey....
Sebelum balik aku amik keputusan beli jer pad dan pastu try repair sendrey...bila aku buka balik rupanya depa pasang tak betul...
Persoalannya...mana mutu dan kualiti service team ni...


Malas ikut perasaan....

Peazz...

Tuesday, December 9, 2008

Modenas Elegan Harzard Running Light Done

Tak mau cerita banyak....layan jer gambar pasal aku nak cerita pu tak reti, yang pasang menda ni pun bukan aku...apaico aka pomen dr peribadi elegan aku...aku cuma beli barang je...thanks mie aka catv kalau tak silap aku la..




Ni bila siap test pasang malam

Dari Belakang



Dari Depan lak



Tu...tu...tengok tu...Puteri Gunung Ledang...radang la tu...sabar la jangan la marah lak...tahniah anda ngan Puteri dah pun sampai balik kampong kelahiran...hahaha...seronokkan...

Peazz...

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Pak Aji

Hati2 memandu, jangan sampai di Korban kan...hehehehe

Peazzzz..

Virus Spider Skin Disease

2 Dis...aku sekeluarga pi Klinik Azhar disebabkan penyakit kulit yang bila malam jer akan merasa gatal...seluruh badan...setelah diperiksa oleh doktor, dan dibritahu kami sekeluarga diserang penyakit yang diberi nama Virus Spider.



"The rash is probably a spider or insect bite, a virus like chicken pox or measles, skin disease or an infected rash."


Aku mula la berangan angan melawak ngan anak2 aku...sambil menghulurkan tangan seperti yang dilakunkan oleh Spiderman...tapi tak kuar jaring lelabah pun...hehehe...konon dah kena sengat spider leh jadi cam hero tu...hehehe...



Tapi yang tahu nya kopak la poket 157 hingit...treatment ngan ubatan...tapi alhamdulillah leh la tidur nyenyak...

Peazz...nak kena cari pest control nak buat Fogging satu rumah...itu pesan doktor...heeee kopak lagi la gamaknyer...

Indah pembentung kerna INDAH WATER

Pagi 1 Dec..pi bayar bil Indah Water...tu pun sebab tangki dah penuh...bau dah harum kuar bila flash air tandas, pas bayar jer terus minta dia orang datang pum. Janji Indah Water esok akan hantar kontraktor pi rumah pum atau lain perkataan sedut isi tangki najis tu. Pas kompom alamat betul terus balik rumah....Bab ni yang seronok nye...dan nak bagi 5 bintang pada Konsortium ni...lum pun panas bontot duduk tetiba hon berbunyi...Lori kontraktor pembentungan dah sampai depan rumah...so pada sesiapa yang singah sini dan terbaca tulisan aku ni pi la bayar bil...depa ni kerja bagus...walaupun kita tak nampak apa kerja depa...aku pasal bau dah mencucuk hidung tu yang pi bayar tu...kalau tak tah bila la nak ambil berat pi bayar...tapi sekarang aku lak tolong kempen tuk depa. Murni kerja depa ni...alang2 orang tak terbuat kerja ni..


Pembentung selepas sedut, sebelum sedut gambar sensor

Peazz tu you Bro..wa lespek lu...sikalang wa buang manyak senyum wooooo...talak bau lagi ...

Tips pagi hari

..kita sering suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kita melupakan diri sendiri, kita lupa..kita juga perlu suruh diri untuk turut beramal kebaikan..

Info gambar...diambil semasa konvoi dengan kelab motor elegan ke Cameron Highland...23 buah modenas elegan menawan puncak Cameron 29/30-11,08.

Peazz ....Elegerak



Salam Aidil Adha (Edi Al-Mubarak)

Assalamu'alaikum warahmatullah~

hamdan wa syukran lillah dapat juga kembali ke ruangan ni. Memetik kata2 sahabat ana: 'sementara tengah free'. Insya-Allah, Allah berikan kita 24 jam.. tinggal kita untuk memanfaatkannya dengan cara paling baik dan bijak.

sementara masih bersisa nafas ni..ana ucapkan salam aidiladha buat sahabat sahabiah.. meminjam kata2 kiriman sahabat ana melalui 'short messaging service' tempoh hari: "sorry body & soul".



Suka untuk ana kongsi di sini:

Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) juga disebut Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia yang disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Menyingkap kembali kisah disebalik Aidiladha.. perayaan ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah subhanahu wa ta'ala : Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi telah membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam sama ada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berqurban menyembelih sama ada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.(pautan lanjut)



Ibadat qurban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari tersebut iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah..(kampung halaman ana tahun ni tumbangkan 4 ekor lembu..alhamdulillah~ tetapi kali ni lebih 'bermakna' sebab bukan sahaja lembu yang diqurbankan tetapi jiwa hamba-hamba Allah yang mengerjakan ibadah qurban pada hari itu turut sama diqurbankan..pengorbanan dan kesabaran mereka menumbangkan lembu dalam keadaan hujan lebat a.k.a separa ribut)

Bila kita hayati makna qurban ini, kalau dari segi bahasa, qurban bermaksud dekat. Dari segi istilah pula ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Sedikit info berkaitan Zulhijjah:

* Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam
* 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah
* Pada tahun ke-5 (sebelum pelantikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassallam) Baginda membawa barang dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana lah baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah
* Pada tahun ke-13 (selepas pelantikan Nabi Allah) Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) yang disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madinah). Baiatul Aqabah juga merupakan kunci kepada penghijrahan Nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah
* Pada tahun ke-2 Hijrah, peristiwa Peperangan As Sawiq, Nabi SAW keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda
* Pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 Hijrah, satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak
* Pada tahun ke-8 Hijrah, peristiwa kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah
* Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji (Hajjatul Wada’ - Haji Selamat Tinggal). Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam
* Pada tahun ke-12 Hijrah, Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w
* Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam
* Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin
* Pada tahun ke-23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab mati syahid dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi
* Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya
* Pada tahun ke-35 Hijrah, peristiwa pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan
* Pada tahun ke-242 Hijrah, peristiwa kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan