Friday, May 8, 2009

Lazy Day / Hari Malas

Percaya atau tidak kita kekadang mengalaminya, aku hari ni merasa akan sindrom tersebut. Awal pagi lagi dah moody, nak start kerja pun malas. Bukan tak der tempahan atau temujanji tah la dia jadi semacam...so ambil talipon cancle semua temujanji, delay customer shipment then buat apa yang terfikir yang menyeronokan.

Kuar rumah pusing keliling then terpandang Kuda Besi yang lama dah aku tinggalkan, apakata hari ni aku belek dan tungang dia buat kerja lain...so terus buat persediaan ambil helmet dan bil bil then start hari malas ngan pusing2 Taiping. Singah mana nak singah, pusing mana nak pusing, lupa sat pasal kerja. pusing punya pusing tersingah kedai motor. Motar takder masalah pun buat macam ada masalah..

Tukar plate ngan yang baru, tukar spedo meter, tukar cable lama ngan baru, tukar megneto dan service minyak gearbox. Habis la RM78 tapi hati senang.

Peninggalan arwah banyak nostalgia ni
Umor Moto tu pun dah dekat sama umor aku
Tapi masih leh berbakti.
Tu yang bagi upah sikit tu.

Meter baru, tapi dah bukan Ori,
Payah mau dapat dah.
Mungkin minggu ni nak turun Lokin ushar2 kut2 leh dapat spart apa yg Original.

Magneto baru dan kekadang ada yang panggil Jantong tuk motor tu.

Siap motor tu test ride lagi pusing taman tasek taiping 3,4 kali seronok gak...pastu terus pi kedai jual barang sekenhand...ingat hati nak tengok barang motor tu...tapi hampa takder satu pun. Tapi layan barang2 lama ni lagi mengkhayalkan tak sedar masa berlalu...masa dok tengok2 tu datang 3 customer dari Cameron, risik punya risik rupanya tauke Time Tunnel (muzium barang lama yang baru jer dibuka kat atas nun) teringat lak Sabtu ni nak panjat sana terus niat nak singgah melawat. Pasti akan ku ajak group konvoi elegan singgah disana. Insyallah.

Group ni ada beli 2 naskah surat khabar lama Utusan Malaysia tahun 1973. dengan harga RM180 senaskah...bayangkan dulu cuma RM0.20 senaskah, tapi bukan semuanya akan naik harganya macam tu...cuma pada peristiwa2 tertentu saja. Satu kisah Juara Tinju Mohamad Ali dan satu lagi kisah P.Ramlee..aku bertuah dapat pegang dan baca balik kisah P.Ramlee bab ada senaskah lagi tak di beli sebab naskah ni ada 2. So sabtu ni kalau beliau sempat pamer akan ku gambarkan disini.

Buat pelawat blog ni dibawah ni aku paparkan gambar yang diambil petang tadi atas izin tauke kedai tu...

Baca sendiri lah...Sanggupkah anda membayar
RM180 sekiranya ingin memiliki paper ni untuk koleksi peribadi

Tengok Tarikh keluaran Akhbar ni. Khamis 31 Mei 1973

Cuba zoom in part harga tahun 73 dulu RM0.20 senaskah jer.


Rasanya bebaloi gak hari malas aku ni. Sebelum balik kena gak aku RM20, aku sambar Laser Disc cerita Pinocchio...

Tapi takleh selalu kena sindrom ni, mau tak makan family aku...apatak nya...kuar jer kedai sekenhand pi balik kedai motor bab rasa klac motor tak berapa best, kena lagi RM39...parak macam ni..tapi takper la hati senang dan gumbira...Balik kena rajin...tu yang belum tidur lagi ni, sambil layan blog, mesin berjalan....

Peaazz...cario.

No comments: