Sunday, February 28, 2010

Nak Pi Tak Nak Pi

Nama dah register, nak ngan tak nak sama banyak...tapi bila tengok jersey dan no plate sponsor by Merida ni dah lebih pada pi...kira kena bawa Merida la kali ni...pastu ada lak tambahan rakan yg talipon ajak pi sekali...so rasanya persen pi makin bertambah...harap2 tak ada la masalah, bukan apa sejak dua menjak ni kurang masyukkkkk....kuar je banyak...

So sebagai pendorong buat diri aku, aku Ctrl+C dan Ctrl+V gambar jersey dan plate number tu kat blog aku...agar peratus pi tu sentiasa naik tiap kali aku buka blog aku ni...sal jersey dia lawa....rider plate lak ada lambang Merida..


Cun


Merida Multivan

Peazzz...

Monday, February 22, 2010

SIMTBEX 2010.

SIMTBE Jamboree

Tm : 4hr 16min
Dst : 51.84km
Av : 12.1km/hr
Mx : 49km/hr

Complete Tag with 5Cp

Mulanya memang taknak kayuh, kurang persediaan, tapi bila dah dok atas basikal bersama peloton hadapan lupa diri...semua start pecut macam lumba lak...masa tu kelajuan dah cecah 42km...masuk jer offroad mula la jem cam biasa la...pas tu masa jalan rata balik dalam kebun sawit tu bantai lagi pada kelajuan 22km/hr...sampai kat cp2 pu masih awal..lum kul 9am lagi...ingat dalam hati leh cepat habiskan trek ni...tapi bermula selepas cp3 kaki tangkap...krem...dan lepas tu apalagi...tak leh nak push dah ler...trek pula...manjang climbing jer, kalau sikit tak per...ni pendakian yg tak sudah...hinggakan nak kuar kejalan tar balik pun ada climbing yang panjang gak...tapi bila tiba downhill tang batu2 tu lupa masa tolak naik...hehhehe...

Apapun tahniah pada pihak penganjur...rata2 rider yang terserempak semasa kayuhan berpuashati, cuma cam biasa la, bila dah letih...itu tak kena, ini tak kena...tu semua asam garam dalam MTB...cuma satu jer yang buat cacat sikit...Jersey tak sempat siap.
Kalau tak aku leh bagi 100% markah pengurusan.

Jumpa lagi tahun depan.

Peazzz....

Tuesday, February 16, 2010

Menjejak Kawaq...

Sat gi lam kul 4.30 pm... akan start kayuh mengikuti laluan Kawat09...tapi bukan semua la...sekadar panjat bukit Mah Ka Tiong dan keluar ikut Burmise Pool...4 jantan dah setuju...sorang lagi mungkin ikut mungkin dak...ala yg selalu banyak alasan tu...yang kata beskal dia murah tu RM45 jer...hehhee...kita tunggu apa yg akan kita temui setelah ramai yg menyumpah masa hari kejadian tu...Mungkin akan ketemu ngan spek, botol dan mungkin gak meter2 yang tertanggal...maklula depa kata jalan tu cukup mencabar...

Peazzz....

Thursday, February 11, 2010

Fikirkan

Susah ka hidup kita...rasanya ada yang lagi susah...bersyukorlah apa yg kita ada...

Tapi jangan la pas tengok gambar atas tu anda malas dah nak berusaha...teruskan usaha anda mencari rezeki dan kalau ada yang lebih atau terlebih tu boleh la salur hulor kan pada yang memerlukan....Show Them You Care.

More info and photo's kat Cni

Peazzz...

ps: Abg Dome pinjam gambar...sambil promote...hehehe

Finding Nina

Saja promo ckit...bangga gak la anak buah aku yg sorang ni...


First Step....



Impian bekerja dengan U-Wei Hj Shaari
Diana ditemui selepas majlis pelancaran filem terbaru pengarah ternama negara, U-Wei Hj Shaari yang berjudul 'Hanyut', petang semalam. Filem epik tersebut berdasarkan novel pertama penulis kelahiran Poland, Joseph Conrad.

Buat Diana, peluang bekerja dengan U-Wei, merupakan impiannya selama ini. "Tujuan utama saya menguji bakat untuk filem ini adalah untuk bekerja dengan U-Wei. Semuanya berkata dia pengarah yang berbakat. Saya pernah menonton filem 'Perempuan, Isteri & ...' dan merasakan dia seorang pengarah yang bagus, yang berjaya menaikkan nama Sofea Jane."

Digandingkan dengan Adi Putra, yang memainkan watak kekasihnya, Dain Maroola, Diana berkongsi bahawa dia terpaksa melalui tiga sesi pembacaan, pertama kali dengan U-Wei, kemudian Sofea dan diikuti Adi sebelum watak Nina ditawarkan kepadanya.

"Dia (U-Wei) ingin melihat 'chemistry' saya dengan Sofea dan Adi. Jika saya tak 'pass' dengan salah seorang, saya tidak akan mendapat watak Nina," kata gadis jelita kacukan Melayu-Amerika ini yang menggambarkan Nina sebagai 'a lost soul' yang terperangkap di antara ibu dan ayahnya, masing-masing ingin anak tunggal mereka itu mengikut identiti bangsa mereka.

Dikehendaki berkongsi layar perak bersama nama-nama besar seperti Khalid Salleh, Sofea dan Alex Komang dari Indonesia, buat pelakon muda lain mereka mungkin terasa takut atau gementar tetapi tidak bagi gadis berusia 18 tahun ini.

"'I'm not intimidated.' Saya teruja sebenarnya dan tak sabar nak memulakan penggambaran. Semua pelakon baik-baik dan mesra serta tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan mereka. Saya tahu mereka akan membimbing saya.

"Tekanan itu bukan daripada digandingkan dengan mereka tetapi bagaimana saya hendak mendapatkan 'essence' untuk watak yang berasal dari kurun ke-18 Tanah Melayu. Sukar untuk mencari rujukan sejarah mengenai Malaysia pada masa itu. Tambahan pula, dalam filem ini saya perlu bertutur dalam Bahasa Riau dan ia bukan satu perkara yang mudah. Tetapi saya akan lakukan yang terbaik," janjinya.

Barisan pelakon Hanyut

Semoga berjaya.

Peazzz...Tahniah Nyanyai dari Pak Tam.

Tuesday, February 9, 2010

Elly Ku Merajuk

Asyik kayuh jer...dia langsung aku tak endah...rupanya pandai merajuk...kena aku bawa pi beli kipas baru tuk dia baru dia ok...rabak la poket aku hampir 2 rat...

Pandangan dari dalam

Kipas baru tuk Elly ku


Nasib baik pas dapat kipas baru tu dia menyerigai jer senyum
kat aku, kalau tak mau aku cerai dia amik girlfriend
baru...memikat gak...hehehe.

Tapi tu model tak der lagi masuk me'sia,
Insyallah kalau kabar angin betui
akan masuk atas jenama Modenas gak
mungkin penganti

ELEGAN.

Peazzz...


Thursday, February 4, 2010

Tag Untuk Mr.X

Jom pekena Hazelnut White Coffee...kut ada kat Tepen la Petang ni...leh kita buka buka lepat...

Tak mau kawan tak per...tapi jangan marah lelama nooo....hehehe. Saja perangat.


Peazzz...

Wednesday, February 3, 2010

Tambah Balik Kolestrol

Biasa la aku kalau dah jalan2 mesti pi tempat makan yang menarik...kali ni aku ajak Sham pi Utara, minta tolong dia teman aku nak amik barang, upah aku jamu menda kat special kat dia...sampai dia tolak tak mau dah...best sedap kata dia...memang puas.

Mee Udang Sg Dua
Lat : N05,25.833
Lon : E100,25.876

Kut nak merasa la.

8 ekor Udang saiz besar
bersama mee untuk 2 org makan

Tambah sekor Ketam
nak rasa kata Sham

Manis dan boleh mai lagi
tu belum rasa mee lagi tu.

Aku cam biasa la selow selow
tapi licin semua.
Hehehe.

Tak pa esok kayuh lagi
Mungkin akan ke Pekan Pahang
Projek terbaru yg diterima.

TUNGGU.

Peazzz...

Calling Otai Or Owner KYODO KG105



Check here
Key Radio KM Series Amateur Conversion Information and found out that this radio can be used for VHF

*Blue centre then white with outer purple ring KM150 (KG105) HIGH BAND 136-174MHz - suitable for 2metre use.


Pi la jengok kat belakang radio yg teman baru dapat ni, dan didapati stiker tersebut sama dengan kenyataan diatas.

Masalah sekarang teman buntu camner nak convert dan set frekuansi tu...dari yg ada sekarang 16 channel leh pi ke 40 channel. Ker serupa macam Motorola kena set pakai interface...maklumla kawan ni bukan nyer reti sangat bab2 electrikal ni...nak pulak tu nota semua dalam bahasa omputih lagi la malas nak memeningkan kepala...Jadi kalau lah ada kengkawan yang tahu ataupun guna set yang sama ni leh la tolong tunjuk ajarkan...kalau tak der juga maka kena la teman buka kamus.

Still boleh on lagi
Tu Channel 1 Selected

Ni pula Channel 16

Sebenarnya Set dapat bulan 10'09
PTT baru dapat Khamis lepas 28'10

IC radio tu ori Japan.
Barang dah complete tu yang semangat balik tu.

Kalau ada otai otai lama yang tahu pasal ni atau new comer yg suka kat oldskool leh la tag aku atau tinggal apa apa pun kat chat box tu ... nanti leh kita projek sesama.

Peazzz...de ninewhiskeytwovictorzuluoscar.

Tuesday, February 2, 2010

Dah Tua De Langkawi

Gambar yang paling aku suka,
Tapi ramai gak yang radang.

Alhamdulillah program kayuhan ke Langkawi bersama rakan rakan Taiping selesai tanpa apa apa masalah. Cuma tajuk kayuhan jer dah berubah..." Dah Tua De Langkawi" dengan motto kayuhan Riadah Bukan Kayuhan Haram Jadah. Tapi rata2 semua gembira dan masih tak puas walaupun dah tawan setiap inci pulau tu dengan jarak kayuhan 116km kesemuanya, mungkin akan diulang lagi dimasa akan datang.

Terima kasih pada rakan rakan kayuhan yang terlibat juga pada rakan rakan Ham Langkawi dan tak lupa pada Abang Ron yang sanggup datang melawat kita orang masa di Kuala Perlis.

Cadang nak tidoq cni
tapi sal murah sangat sewa bilik tu
terus cancle

Sayang Signboard ni tak secantik
pantainya. Susah sangatka nak cuci
papan tanda tu.

4 sekawan yg masih setia ngan
Jersey OrenAppleGreen

Pantai Tanjung Rhu

Langkawi Cable Car
Gunung Mat Cincang

Tinggi bukit ni,
tapi berbaloi bila sampai kat destinasi
lawa ciptaanNya.

Air Terjun Telaga Tujoh

Pendakian nak melintasi Gunung Raya

Ni kat tengah pekah Kuah

Last sekali terima kasih buat Cikgu Bad bagi tumpang tidur. Apapun satu lagi destinasi dah ditawan. Tak tau mana lak nak pi lepas ni, jumpa lagi.

Tunggu cerita rentetan perjalanan di goblog 9w2OCC

Peazzz...