Thursday, February 11, 2010

Finding Nina

Saja promo ckit...bangga gak la anak buah aku yg sorang ni...


First Step....



Impian bekerja dengan U-Wei Hj Shaari
Diana ditemui selepas majlis pelancaran filem terbaru pengarah ternama negara, U-Wei Hj Shaari yang berjudul 'Hanyut', petang semalam. Filem epik tersebut berdasarkan novel pertama penulis kelahiran Poland, Joseph Conrad.

Buat Diana, peluang bekerja dengan U-Wei, merupakan impiannya selama ini. "Tujuan utama saya menguji bakat untuk filem ini adalah untuk bekerja dengan U-Wei. Semuanya berkata dia pengarah yang berbakat. Saya pernah menonton filem 'Perempuan, Isteri & ...' dan merasakan dia seorang pengarah yang bagus, yang berjaya menaikkan nama Sofea Jane."

Digandingkan dengan Adi Putra, yang memainkan watak kekasihnya, Dain Maroola, Diana berkongsi bahawa dia terpaksa melalui tiga sesi pembacaan, pertama kali dengan U-Wei, kemudian Sofea dan diikuti Adi sebelum watak Nina ditawarkan kepadanya.

"Dia (U-Wei) ingin melihat 'chemistry' saya dengan Sofea dan Adi. Jika saya tak 'pass' dengan salah seorang, saya tidak akan mendapat watak Nina," kata gadis jelita kacukan Melayu-Amerika ini yang menggambarkan Nina sebagai 'a lost soul' yang terperangkap di antara ibu dan ayahnya, masing-masing ingin anak tunggal mereka itu mengikut identiti bangsa mereka.

Dikehendaki berkongsi layar perak bersama nama-nama besar seperti Khalid Salleh, Sofea dan Alex Komang dari Indonesia, buat pelakon muda lain mereka mungkin terasa takut atau gementar tetapi tidak bagi gadis berusia 18 tahun ini.

"'I'm not intimidated.' Saya teruja sebenarnya dan tak sabar nak memulakan penggambaran. Semua pelakon baik-baik dan mesra serta tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan mereka. Saya tahu mereka akan membimbing saya.

"Tekanan itu bukan daripada digandingkan dengan mereka tetapi bagaimana saya hendak mendapatkan 'essence' untuk watak yang berasal dari kurun ke-18 Tanah Melayu. Sukar untuk mencari rujukan sejarah mengenai Malaysia pada masa itu. Tambahan pula, dalam filem ini saya perlu bertutur dalam Bahasa Riau dan ia bukan satu perkara yang mudah. Tetapi saya akan lakukan yang terbaik," janjinya.

Barisan pelakon Hanyut

Semoga berjaya.

Peazzz...Tahniah Nyanyai dari Pak Tam.

2 comments:

zan-xray said...

Boleh la bodek Pak Tam dia ni nak ikut tengok dari dekat kot ada mai Taiping :-)

JR said...

zan
Pak Tam dia demand tinggi tyau...mampu ker,