Friday, September 18, 2009

Lemang 1 - Buloh dan Persiapan Tapak.

He he...buloh bukan kita orang pi cari, upah orang jer...mula upah ngan member Bonggol Pasir tetiba lagi dua ari mkember tu call kata buloh tak dapat, hah pening janji dah dibuat ngan 13 yang lain...kacau mari ni...duit pengkerusi merangkap bendahari dah kolek...tengah kacau bilau pening call masok...dari member tadi...dia kata jangan risau ada kawan di Padang Rengas leh tolong sediakan...apalagas tekan betul2 jangan sampai hari tak de lak...tapi sepatutnya amik petang Jumaat kena amik petang Khamis...tak kesah lah janji benda tu ada....so petang semalam ngan Pengkerusi aku pi amik kat lokasi yang dijanjikan, bila sampai tengok2 salam2 rupanya aku kenal dan pembekal buloh lemang tu pun ingat kat aku lagi....dan dia ni pun main radio gak...tapi dah 2 kali amik exam..belum ada rezeki...nak pakai sayap...aku bagi semangat dan kasitau borang dah kuar untuk peksa RAE ke-09...amik jangan tak amik....dia kata ok...so urusan hulor menghulor selesai kami pun balik ke rumah memasing tuk berbuka puasa.

Sebelah malam lepas semua selesai...kul 11.00 malam pakat2 ngan rakan taiping kelokasi untuk pesiapan tempat pembakaran...projek malam ni....BAKAR LEMAK HAM TAIPING.

Pengkerusi Lemang

Gambar tak elok pakai kamera phone jer...so petang ni bermula projek yang yang di ilhamkan oleh Aku ngan ATD (Jai) untuk bersama sama rakan2 Ham Taiping yang tak pulang beraya dan yang memang beraya kat Taiping merasakan kemeriahan Hari Raya...Tunggu cerita selanjutnya...yang pasti lepasni gambar tentu elok sebab dengar kata Geng Photo Shoot Sony akan turun...merakamkan suasana ini...

Peazz...

No comments: