Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Semua.

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog Wargash ni.

Terimakasih kerana setia mengunjungi blog aku ni. Tanpa rakan rakan siapalah aku. Jika ada idea untuk dikongsi, atau komen silalah buat catitan dengan meninggalkan hint hint di chat box sebelah kanan anda tu, nanti saya akan menghubungi anda. Ia akan memeriahkan lagi blog aku ni. Tidaklah aku berceloteh seorang-seorang hehehe...bak kata pepatah inggeris, "the more the merrier". aku amat mengalu-alukannya.

Kesempatan ini aku ucapkan selamat menyambut IdulFitri. Moga iman kita setiasa teguh dan kukuh. Jumpa lagi lepas raya!, dan sentiasa jaga pemakanan anda, dan buat rakan kayuhan pastikan anda bersedia untuk program program yang akan disertai, takut nanti ada yang naik lori.

Tanam pinang rapat - rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Kalau ada mengata mengumpat,
Kuhulur kemaafan pensuci diri .

Saudagar belayar ke tanah Arab,
Kapal belayar di pagi hari;
Menghulur salam sebahagian adab,
Tanda muafakat di Aidilfitri .

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sesungguhnya kepulanganmu amat dinanti. Jangan biarkan kepulanganmu menjadi ratapan pilu. Jadi berhati - hatilah semasa memandu pulang ke kampung halaman masing - masing .

Ikhlas dari
9W2VZO - Jamil aka Uncle Black aka Pak Tam aka Abang Vic.
9W2QZO - Zalina
Azrul Haniedy Jamil
Azwanie Athira Jamil

73 de 9W2VZO...

Peazz.

2 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Selamat Hari Raya buat anda dan keluarga juga :)

p.s
Bila nak dengar suara 9w2qzo?

JR said...

Dah bagi dan suruh dia tranmitt...tapi dia tak mau, kata tak der kawan perempuan nak qso, apapun selamat hari raya kak yong..