Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.
Masing-masing dengan gunanya :
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.
Bahasa berirama jenis runs ini digunakan dalam hikayat lama untuk menggambarkan kesetian rakyat kepada raja atau pemerintah. Selain itu, ia juga menggambarkan bahawa setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing mengikut keupayaan dan kemampuan. Nilai gotong royong dan muafakat juga boleh dilihat apabila setiap individu melakukan tugas yang satu itu bersama-sama.
dipetik : Hikayat Awang Sulung Merah Muda
Teringat masa iball semalam, so bangun pagi ni cuba search dan baca sikit saja buat tambah ilmu, maklumlah dulu masa belajar tak pernah pegang buku sastera. Tu yang banyak diam jer dengar jer apa yang cikgu2 bualkan...
Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga.
Peazz...
4 comments:
Yang Kurik kundi,
Yang Merah Saga,
Yang Keras Takal,
Yang Baik Budi,
Yang Indah Bahasa,
Yang Pantas Akal.
hik...hik..hik...diam diam sudah ada blog baru...sudah rasmi ka itu 350...
Pernah baca sasatera lama "Hikayat
Malim Deman" jer.. teringat juga ada ayat ni.
Apa blog baru Bro Duniaku??
Check la kat laman sesawang 9w2xpt...kat sana ada hint.
Post a Comment